Friday, June 22, 2012

Manchester United Kelab Freemason

Manchester United ialah kelab yang paling jijik didunia. Bukan sahaja ianya lambang ketamakkan kapitalis (ini bahasa biasa Holden Caulfield - gua cilok ye bro) malahan ianya juga aparatus halus golongan Fremason yang mewakili kepentingan Yahudi laknatullah. Sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab aku rasa ada baiknya jika pentas Sokernet aku gunakan sebagai tempat menyampaikan kebenaran kepada semua. Sia-sia sahaja ada belog bolasepak terbaik didunia* jika digunakan hanya untuk menempek gambar bontot aku lelucon murahan. Sila baca dengan minda terbuka. Kebenaran ini pasti menggarkan keimanan anda sekiranya anda peminat Manchester United.

Perlukan bukti?

BUKTI PERTAMA

Kelab dari Manchester ini dipunyai oleh keluarga Glazers yang terang-terangan Yahudi El-Bagel. Mereka juga merupakan ahli Fremason.


BUKTI KEDUA

Logo kelab Manchester United mirip logo The All Seeing Eye yang kerap digunakan ahli Freemason. Lambang mata ini seperti kita sedia maklum ialah simbol kepada Dajjal yang bermata satu.

Tak cukup dengan itu bandingkan rekebentuk 2 bola pada logo Man United dengan logo Freemason dibawah. Nampak persamaannya? Jelas bukan?


BUKTI KETIGA

Unsu-unsur Fremason juga jelas kelihatan pada rekabentuk jersi pasukan Man U. Mari kita lihat jersi ketika mereka ditaja Vodafone

Logo Vodafone mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye. Huruf O pada Vodafone juga mempunyai rekaan yang sama dan pada masa yang sama mewakili 2 globus yang telah aku olah pada bukti kedua sebelum ini

Ini pula rekaan ketika AIG menaja Man U musim lepas. Kalau anda perasan A disini sebenarnya melambangkan bentuk ruler and compass pada logo Mason dibawah.


Huruf G pada logo diatas juga boleh kita lihat pada logo AIG. Sementara itu huruf ialah play of word kepada perkataan EYE yakni mata (all seeing eye sekali lagi). Huruf I disini juga mewakili Masonic Pillar.

BUKTI KEEMPAT

Semua pemain bintang Man United diberikan nombor 7. George Best, Cantona, Becks dan Ronaldo kesemuanya diberikan jersi bernombor 7. Soalannya mengapa dan apa signigicantnya dengan pergerakan Freemason? Nombor 7 sering dikaitkan dengan sifat ketuhanan (godlike) mengikur budaya Yahudi. Nombor 7 dianggap sebagai nombor yang mewakili kesempurnaan.

Mengikut kitab Old Testament, tuhan berehat pada hari ketujuh setelah mencipta alam semesta 6 hari sebelumnya.Tidak hairanlah semua pemain yang memakai nombor 7 dipuja bagai tuhan oleh penyokong pasukan Man United.

Oleh itu boleh disimpulkan disini

George Best - Tuhan kaki betina dan minuman keras
Eric Cantona - Tuhan keganasan dan falsafah burung seagull mengekori bot ikan tuna

David Beckham - Tuhan metrosexual dan lelaki bersuara pondan
Cristiano Ronaldo - Tuhan lakonan bidang terjun dan greasy Eurotrash

Michael Owen - Tuhan injury prone dan pemanas bangku simpanan


Apa lagi bukti yang korang mahu. Sudah terang lagi berlampu kalimantang yang Manchester United ialah kelab boneka pergerakan syaitan Freemason. Kepada peminat semua silalah pulang ke pangkal jalan dan menyokong kelab yang lebih islamic.

Kelab mana yang Islamic?

Mana lagi kalau bukan Portsmouth!

1 comment:

  1. salam sahabat . saya daj ikut blog saudara dari tahun lepas .. walau pun tak banyak komen yang ada ,tapi percaya lah , ramai yang membaca bolg anda . saya sangat terharu bila blog anda sangat islamik tanpa perlu membabitkan perkara2 yang bertentangan dengan agama ,dan anda masih terus menerus menulis .. Semoga saudara sentiasa sihat seadanya dan dirahmati ALLAH . Saya sangat gembira dengan hasil kerja saudara . Walaupun mungkin manusia tak harga ,tapi percaya lah janji Tuhan . Kita tak hidup untuk dipuji oleh manusia .. Sekali lagi ,saya harap ucapan saya boleh memberi semangat untuk Saudara terus menulis ,moga ALLAH merahmati kita . Salam

    ReplyDelete